Kecantikan Isteri Solehah

Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Ibnu Umar ra. Rasulallah SAW, bersabda, "Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang soleh.." Dalam sebuah hadis yang lain
Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah kamu aku beritahukan dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seseorang lelaki?" Itulah isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira, jika suami menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara akan kehormatan dirinya." (HR: Ibnu Majah)
Inilah kecantikan sebagai seorang isteri yang soleh. Ketaatan dan kepatuhan itulah membawa kepada keikhlasan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak suami. Kepatuhan dan ketaatan inilah juga yang memberi kebahagiaan kepada hati suami dan akhirnya isteri inilah satu-satunya selain Allah yang segar di jiwanya.


Khamis, 31 Mac 2011

Kasih Ibu Membawa ke Syurga, tapi bagaimana jika...

Assalamualaikum, lama sudah ana tidak berbicara. Banyak cerita ana nak kongsikan, Cuma nak menaip sahaja yang membantutkannya. Tapi kali ni, ana mengambil peluang untuk kongsikan pengalaman ini supaya sama-sama kita mengambil iktibar.

Kisah Benar : Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Tapi Bagaimana Jika….

Zaman moden sekarang semua anak-anak muda nak kan bercinta. Perasaan cinta itu memberi seribu satu sebab mereka akan sentiasa bahagia. Maka mulalah mengekspresikan kelebihan masing-masing. “Cantiknya budak perempuan tu. Suka bergurau, manisnya senyum dia. Seksi jugak. Dengan lelaki lain pun sempoi jek nampak. Boleh masuk kot ni…” kata pemuda itu. “Hensem jugak mamat ni. Tegap, rambut stail. Em dia senyum kat aku la. Sweetnya… Macam dia syok kat aku jek.. ” monolog si wanita pula. Dua minggu kemudian, rancaklah mereka bersms, berjumpa, bercalling2.. rindu semakin membuak-buak. Sudah bercinta rupanya… [Kisah cinta remaja]

Kerana rasa cinta dan kasih masing-masing, berkahwinlah mereka. Ramai mengatakan baguslah macam tu, tak buat maksiat. Dah kahwin apa salahnya? Memang tak salah. Tapi apa yang ana nak sampaikan adalah cerita selepasnya. [Kisah cinta suami isteri muda]

Takdir menentukan si isteri sambung belajar. Suami pula bekerja biasa. Cukup setahun, mereka dapat seorang anak. Setahun kemudian seorang anak lagi. Alhamdulillah dua putera hendaknya. Ana melihat mereka ini masih lagi bercinta (cinta suami isteri). Baguslah macam tu kan. Tapi cinta sahaja tidak mencukupi. Memandangkan si isteri yang sedang belajar terpaksa meninggalkan suami dan anak-anaknya jauh di perantauan.

Cerita si ibu muda (isteri), hidupnya tanpa suami dan anak-anak disisi menjadikan dia seperti wanita bujang. Dia merahsiakan status perkahwinannya dengan mengatakan masih single. Bila mulut dah berkata macam tu, seronoklah dia sebab ramai lelaki-lelaki lain yang dekat dengannya. Orang lelaki kata, best kawan ngan dia ni. Peramah, ceria-ceria selalu, suka ketawa, em.. senang cerita menarik perhatianlah. Cincin perkahwinannya tidak di pakai. Lengang jari-jemarinya menandakan masih solo. Bila ana bertanya, kenapa mesti rahsiakan perkahwinan? Dia kata, “alah aku tak nak nanti orang kecoh-kecoh tahu aku dah kahwin.” Begitu ringkas alasannya. Selang beberapa bulan di sarung semula cincin perkahwinan itu. Maka bertanyalah orang-orang di sekelilingnya, perihal cincin. Sempoinya dia menjawab, “ha ah ini cincin tunang. Saya dah bertunang pun.” Sekali lagi ana bertanya, “kenapa kau cakap kat orang lain kau dah bertunang? Aritu kata single?”. Dengan sempoi jugak dia jawab, “aku malaslah… ada orang macam nak mengorat aku jek.” Astaghfirullah…sudah sampai macam tu sekali? Bisik hati kecil ana.

Inilah perangai si ibu muda. Umurnya yang masih muda menjadikan alasan untuknya bebas bersosial. Tidak pedulikan perasaan suami. Konsep merahsiakan perkahwinan, dan menghebohkan pertunangan, sudah terbalik. Dari mana datangnya kefahaman ini kalu bukan dari masyarakat sendiri.

Cerita si ayah muda (suami), tiap-tiap malam akan call isteri. Bergurau senda menyatakan kerinduan. Menceritakan khabar anak-anak yang di jaganya. Baguslah sikap suami ini. Tidak merahsiakan isteri. Tapi mungkin apa yang berlaku pada isteri disebabkan suami juga. Takdir Allah, ana tidur semalam di rumah mertua mereka. Berjumpalah suami isteri ini dan anak-anaknya. Bukan nak menjaga tepi kain orang, tapi rupa-rupanya si suami ini seorang yang tidak menjaga solat. Dua waktu solat ditinggalkan si suami, apatah lagi isteri yang sama juga. Belum lagi jika mahu menceritakan tentang keadaan kediaman mereka. Agama menuntutkan kebersihan. Jika rumahnya bersih, maka setiap ibadah mudah dilakukan.

Berbalik pada tajuk yang ana bagi, “Kasih Ibu Membawa Ke Syurga..Tapi Bagaimana Jika…” bagaimana jika si ibu begini sikapnya? Masa berlalu memberi ruang ana mengenali si ibu. Ibu muda yang tidak menjaga solat, mempermainkan hukum-hukum, tidak menutup aurat, tidak menjaga rahsia suami, mengabaikan anak-anak, berlebih-lebihan dengan cinta harta dan kehidupan dunia. Anak yang sakit pun masih berfikir-fikir untuk balik menjenguk. Jika begini sikap si ibu juga si ayah, kasihanlah pada anak-anak mereka akan masa depannya nanti. Ya Allah, ana sendiri amatlah sedih jika mempunyai ibu bapa seperti ini. Hanya kasih sayang dan harta tidak mencukupi jika tidak disiramkan dengan didikan agama.

Sahabat, cerita yang ana kongsikan ini bukan rekaan ana, tapi berlaku dalam kehidupan orang sekeliling ana. Apa yang ana mampu hanya memberi sedikit nasihat pada si ibu ini. Namun, nasihat ana sengaja tidak mahu di dengar. Hanya doa dan hidayah ana pohonkan pada Allah baginya. Berfikirlah anak-anak muda yang sedang bercinta sekarang ini. Jangan jadikan cinta itu tungjang kebahagiaan dunia akhirat. Jangan jadikan perkahwinan semasa muda sebagai platform melampiaskan nafsu. Belajarlah dahulu tanggungjawab sebenar kamu sebagai suami dan isteri jika mahu mendirikan rumahtangga. Berkahwin itu satu ibadah, tapi jangan disia-siakan dunia perkahwinan. Anak-anak yang bakal lahir manjadi tanggungjawab terbesar. Dimana si anak mahu mencium bau syurga jika ibu bapanya… fikir-fikirkanlah.

Menuju Wawasan

Menuju Wawasan