Kecantikan Isteri Solehah

Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Ibnu Umar ra. Rasulallah SAW, bersabda, "Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang soleh.." Dalam sebuah hadis yang lain
Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah kamu aku beritahukan dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seseorang lelaki?" Itulah isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira, jika suami menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara akan kehormatan dirinya." (HR: Ibnu Majah)
Inilah kecantikan sebagai seorang isteri yang soleh. Ketaatan dan kepatuhan itulah membawa kepada keikhlasan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak suami. Kepatuhan dan ketaatan inilah juga yang memberi kebahagiaan kepada hati suami dan akhirnya isteri inilah satu-satunya selain Allah yang segar di jiwanya.


Isnin, 8 Disember 2008


Assalamualaikum w.b.t kepada para sahabat handai semoga di berkati dan dirahmati Allah s.w.t hendakNya. Tidak terlepas harapnya untuk ana mengucapkan salam eiduladha kepada para muslimin dan muslimat di muka bumi Allah s.w.t ini. Semoga eiduladha kali ini memberi seribu kali makna kepada antum/antumna dengan lafaz InsyaAllah. Di kesempatan ini ana hendak berkongsi satu kisah berkenaan seorang sahabat ana (hamba Allah) ini yang keliru dengan keputusan yang perlu dilakukannya dan mungkin sebagai sebuah erti pengorbanan . Sahabat ini merupakan seorang yang dahulunya jahil tentang agama. Kemudian apabila dia mula berjinak-jinak dengan cara hidup islam, kelihatan sahabat ini bersungguh-sungguh dan sangatlah sayang akan islam itu.

Sehingga sahabat ini sanggup melakukan apa sahaja walaupun kerap disalah anggap oleh rakan-rakan di kampus mahupun keluarga sendiri. Tiap kali apa yang dilakukannya tidak mudah dilupakan kerana pengalaman itu memberikan kenangan terindah kepadanya, bersama sahabat-sahabat seperjuangan yang lain. Namun apa yang membuatkan ana simpati pada sahabat ana ini apabila dia telah membuat satu keputusan yang sukar baginya melafazkan. Bagaimana hendak sahabat ini memilih diantara satu program yang boleh memberi manfaat dan kebaikan untuk dirinya di dalam terus memperjuangkan islam. Peluang ini baginya sangatlah diharapkan kerana belum tentu masa lain dia berpeluang lagi. Namun sahabat ini terpaksa memilih diantara kebaikan dirinya atau kegembiraan ibunya. Ibunya yang ketahui akan program itu berasa kecil hati apabila sahabat ini mengatakan kepada ibunya bahawa dia mahu pulang ke kampus. Sahabat ini tidak terdaya menerangkan dengan lebih jelas kepada ibunya apabila ibunya mengatakan, “tak kesian ke kat mak? Tiada orang nanti nak tolong mak. Tangan mak ni dah sakit. Kemudian ibunya bertanya kembali kepada sahabat ini, kalau rasa hal tu lebih penting dari hal di rumah, pergi lah balik.” Sahabat ini terasa amatlah sedih apabila ibunya berkata sedemikian. Bukan dia tidak mahu menjelaskan kepada ibunya tetapi kerana mahu menjaga sir dan hazar berkenaan program itu. Mungkin ada lagi penjelasan sebenar mengapa sahabat ini melakukan sedemikian.

Setiap hari sahabat ini berdoa kepada Allah s.w.t memohon diberikan petunjuk kepadanya. Masa semakin berlalu dan sahabat ini semakin buntu. Di satu malam, sahabat ini telah membuat satu keputusan muktamad bahawa dia tidak akan pergi ke program itu dan tinggal dirumah membantu ibunya. Keputusan itu membuatkan dia sedih dan juga sahabat-sahabat seperjuangan lain. Secara rasionalnya dia berfikir bahawa walaupun dia bermati-matian di dalam perjuangan islam namun jika tidak mendapat reda ibunya, maka tidak bau syurga lah dia. Bukankah syurganya pada ibunya? Ana berfikir sejenak dengan apa yang di alami sahabat ana ini. Sebagai renungan kepada para sahabat, adakah benar keputusan yang dilakukan sahabat ini? Sebagai seorang pejuang islam, yang mana patut sahabat ini awla kan? Inilah persoalan yang ditanya pada ana dan bermain di fikiran ana. Sesungguhnya ana hamba yang lemah lagi hina. Syukran wasalamualaikum w.b.t.

2 comments:

MASYITAH MD.HASSAN berkata...

Jika keadaan terdesak sedemikian rupa, akak rasa eloklah ibu diutamakan. Namun dilain waktu sahabat yang mempunyai masalah sedemikian rupa kenalah lebih bersedia sebelum keadaan terdesak..sediakan payung buat ibu sebelum hujan perjuangan memanggil..:)

Ummi Mujahidah berkata...

bagaimana pula realitinya dengan sahabat2 lain yang tlh berjuang, seperti mengatakan pada suaminya bahawa diminta diceraikan jika si suami tidak mengizinkan berjuang? isteri dengan suami pula.

Menuju Wawasan

Menuju Wawasan