Kecantikan Isteri Solehah

Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Ibnu Umar ra. Rasulallah SAW, bersabda, "Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang soleh.." Dalam sebuah hadis yang lain
Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah kamu aku beritahukan dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seseorang lelaki?" Itulah isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira, jika suami menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara akan kehormatan dirinya." (HR: Ibnu Majah)
Inilah kecantikan sebagai seorang isteri yang soleh. Ketaatan dan kepatuhan itulah membawa kepada keikhlasan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak suami. Kepatuhan dan ketaatan inilah juga yang memberi kebahagiaan kepada hati suami dan akhirnya isteri inilah satu-satunya selain Allah yang segar di jiwanya.


Isnin, 17 Mei 2010

BACALAH AKU PEREMPUAN!

AU'ZUBILLAHI MINASH SYAITONIRROJIM
BISMILLAHIRROHMANIRROHIM...


AKU PEREMPUAN, masa remaja seronok berpacaran!

AKU PEREMPUAN, meningkat dewasa inginkan cabaran!

AKU PEREMPUAN, bergelar dewasa berani teruskan!

AKU ISTERI, sudah berkeluarga tapi tiada kebahagiaan!


jika dapat ku ulang kembali....

AKU PEREMPUAN, masa remaja tumpukan perhatian!
AKU PEREMPUAN, meningkat dewasa mencari perubahan!

AKU PEREMPUAN, bergelar dewasa teruskan perjuangan!

AKU ISTERI, sudah berkeluarga mengecapi kebahagiaan!


fikir2 kan lah KAMU ITU PEREMPUAN!

antara cinta LELAKI VS cinta SUAMI!

antara cinta NAFSU VS cinta IMAN!


semua itu,

antara cinta MANUSIA VS cinta ALLAH!


ingat2 kan lah KAMU ITU PEREMPUAN!

antara HIDUP KEMUDIAN MATI ITU PASTI, BILA2 IA MENANTI!



Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli

Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti

Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan

Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati


Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu

Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri

Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi

Berpegang pada janji mengabdikan diri


Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana

Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama

Tiada siapa yang akan boleh merampasnya

Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri


Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama

Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya

Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara

Mahligai syurga itulah tempatnya.


**************************
***************
dipelihara Allah untukkmu perempuan,
masih sempat untuk kita berubah,
selagi nafas belum terhenti,
bukan masa yang menentukan kita berubah,
tetapi niat dihati yang sentiasa cekal,
memohon hidayah pada Allah,

tiada perempuan yang lari dari dosa,
tidak perlu kita mengeluh keterlanjuran diri,
serahkanlah diri kita pada-Nya,
usah dibimbang akan keseronokan didunia,
yakin pada-Nya yang memberikan kebahagiaan,

tidak perlu menagih pada manusia,
tapi tangislah pada DIA yang Maha Esa,
hitungkanlah sedekad umurmu,
belum tentu merasai hari esok tanpa izin-Nya,

bila lagi? bila lagi? bila lagi?
yakinlah dengan CINTA ALLAH,
yakinlah dengan CINTA ALLAH,
yakinlah dengan CINTA ALLAH,
sedarilah puteri2 kesayangan Allah ini...


aku insan yang hina lagi lemah dipandanganNya.
sampaikanlah pada kakakmu, adik perempuanmu, sahabat perempuanmu, isterimu, mahupun ibumu.
moga mendapat limpah hidayah dari-Nya.

1 comments:

ruby berkata...

DAN TIKA ITU JUGA KITE MINDA KITE SENTIASA PERPUTAR..
YANG BAIK KITA AMBIL..
YANG BURUK KITE BUANG..

Menuju Wawasan

Menuju Wawasan