Kecantikan Isteri Solehah

Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Ibnu Umar ra. Rasulallah SAW, bersabda, "Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang soleh.." Dalam sebuah hadis yang lain
Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah kamu aku beritahukan dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seseorang lelaki?" Itulah isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira, jika suami menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara akan kehormatan dirinya." (HR: Ibnu Majah)
Inilah kecantikan sebagai seorang isteri yang soleh. Ketaatan dan kepatuhan itulah membawa kepada keikhlasan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak suami. Kepatuhan dan ketaatan inilah juga yang memberi kebahagiaan kepada hati suami dan akhirnya isteri inilah satu-satunya selain Allah yang segar di jiwanya.

Isnin, 2 Januari 2012

Malam Senyum Simpul

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah masa dan ruang yang diberi untuk saya mencoretkan sesuatu kali ini. Hendak menulis sendiri memang agak payah, tapi malam ni ada sesuatu yang mahu saya dokumenkan agar ia menjadi memori yang masih segar untuk diingati. Bertarikh dua januari, pagi itu saya dalam dilema. Mana yang harus saya pergi. Jamuan kelas atau jamuan bersama rakan kolej. Dari pagi saya menghantar pesanan ringkas ke kawan sekelas, bertanyakan mereka pergi atau tidak, pukul berapa hendak pergi.. Respon yang diberi agak lambat dan ada juga yang mengecewakan. Sedih rasanya saya masa itu. Lantas saya meminta nasihat dan pandangan dari sahabat saya yang jauh. Setelah berfikir-fikir dan usai solat, saya membuat keputusan untuk hadir jamuan bersama rakan kolej.

Petang itu saya sangat gembira, pertama kali mencuba bermain bowling. Pada mulanya memang malu-malu. Tapi bila sudah kebetulan gol, teruja pula. Sampai masuk longkang akhir-akhirnya. Biasalah percubaan pertama kali. Bahagianya melihat gelagat sahabat2 saya yang lain yang cuba bermain dengan sepenuh hati. Masih segar di ingatan mimik wajah mereka setelah melepaskan bola. Ada yang selamba. Ada yang teruja. Ada yang terkejut. Yang nak terjatuh pun ada. Belum lagi yang bolanya melayang ke belakang. Hihihi… saya pun sama...

Habis game, kami sempat bersama-sama imam di surau menunaikan solat fardhu maghrib berjemaah. Di dalam tadahan doa usai solat, saya memanjatkan doa pada Ilahi supaya membenarkan tindakan dan keputusan saya berada disini bersama2 sahabat. Saya merasakan kegembiraan yang teramat bersama mereka. Selesai solat, kami menuju ke Marrybrown. Nak makan ramai2 bersama sahabat2. Yang istimewanya, rupa-rupanya sahabat2 hendak meraikan saya dan sahabat iqa, yang bakal menamatkan pembelajaran kami semester ini. Dan juga sebagai jamuan akhir tut..tut..tut.. Siap ada kek dan aiskrim.

Bila disuruh berucap, memang spontan la. Malu dan segan mengiringi ucapan ringkas. Bersyukur di atas ingatan sahabat2 dan kasih sayang yang mereka berikan. Moga malam ini menjadi kenangan terindah sepanjang belajar disini. Luar gembira dalam hati syahdu. Mesti lah kan… kemudian sesi merakam potret beramai2. Bukan mudah untuk kami berkumpul dengan kekangan masa masing2. Menghargai masa sahabat2 yang diluangkan samada senior mahupun junior. Terima kasih semua.

Malam yang indah buat saya. Yang terakhir semester ini. Entah barangkali dimasa lain, punya kesempatan entah tidak. Balik di bilik, saya melayari facebook. Membaca komen-komen kawan2 yang hadir jamuan kelas. Bunyinya seperti majlis itu tidak menyeronokkan. Tidak terkata. Saya yakin Allah sudah aturkan saya supaya hadir jamuan bersama rakan kolej daripada jamuan kelas. Legalah hati. Mudah-mudahan saya tidak menjadi penyebab kepada sesuatu. Saya merancang Allah juga merancang. Tapi semestinya perancangan Allah itu yang terbaik buat saya.

………malam ni nak tidur senyum simpul sorang2 sebab bahagia yang dirasa sangat tidak ternilai ^^ ……….



Menuju Wawasan

Menuju Wawasan