Kecantikan Isteri Solehah

Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Ibnu Umar ra. Rasulallah SAW, bersabda, "Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang soleh.." Dalam sebuah hadis yang lain
Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah kamu aku beritahukan dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seseorang lelaki?" Itulah isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira, jika suami menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara akan kehormatan dirinya." (HR: Ibnu Majah)
Inilah kecantikan sebagai seorang isteri yang soleh. Ketaatan dan kepatuhan itulah membawa kepada keikhlasan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak suami. Kepatuhan dan ketaatan inilah juga yang memberi kebahagiaan kepada hati suami dan akhirnya isteri inilah satu-satunya selain Allah yang segar di jiwanya.


Sabtu, 16 April 2011

Atas Nama Cinta

Alhamdulillah, ku syukuri nikmat peluang yang Kau berikan untuk hambaMu ini mengabadikan cintanya hanya kepadaMu. Jauh perjalanan luas pemandangan dan pengalaman yang Kau izinkan ana untuk mengecapinya. Berada jauh dari keluarga sentiasa mengingatkan ana untuk sentiasa menghargai peluang yang ada dimana ketika itulah ana perlu belajar banyak perkara baru. Masuk dalam asam garam kehidupan manusia yang pelbagai ragam, rambut sama hitam hati lain-lain, sedikit sebanyak memberi rencah dalam ana mengorak langkah kehidupan bagi menggapai keredhoan Allah.

Pada saat ini ana melewatkan langkah ke sebuah negeri naungan seorang ulama’, sebuah bandaraya Islam yang sememangnya terserlah kesenian dan keindahan ajaran Islam pada pelusuk bangunan dan kawasan. Kali pertama ketika dahulu ana pernah menjejakkan kaki, amat teruja dengan suasana yang dirasakan sangat berbeza dengan negeri ana sendiri. Terasa aura ana berbangga menjadi seorang muslim dengan agama Islam sebagai pegangan. Sejauh mana usaha dan pengorbanan pemimpinnya beserta rakyatnya yang bersedia menjadikan Islam sebagai tunggak kepimpinannya, maka segala isinya juga mencambahkan buah-buah keislaman yang indah mata memandang, sejuk jiwa dirasakan. Itulah naluri ana apabila kali pertama melihat dengan mata sendiri, negeri Kelantan Darul Naim pimpinan ulama’ TGNA.

Kini, genap menghampiri 5 bulan ana bermusafir di Kelantan, sebelum menamatkan hari-hari terakhir meninggalkan Kelantan sekian masa yang lama. Hari-hari terawal ana disini, soalan yang sama dan kerap ditanyakan kepada ana. “Em kenapa pilih kat sini ye? Ada sape2 ke kat sini?” tergelak kecil dalam hati dengan soalan ni. Jika sekalipun ana memilih Kelantan sebagai destinasi, mestikah dijawab soalan yang kedua itu? Ana hanya senyum simpul sahaja lah.. tiada komen bagi soalan tu. Namun sahabat2, bukan itu yang ana nak kongsikan pengalaman disini, tapi ana mahu berkongsi apa yang dilihat, didengar, bagaimanakah kehidupan rakyat yang lahir dari akar-akar Islam ini. Ana berkongsi secara umum apa yang ana lalui.

Apa yang istimewanya di Kelantan, berbeza dengan negeri-negeri lain adalah pada hari jumaatnya. Di tempat ana, pagi jumaat sangat sunyi sepi, kurangnya bunyi motor dan kereta yang melewati jalan tersebut. Kebanyakan rumah kedai tutup sahaja. Tiada yang berniaga. Apa yang terlintas di fikiran ana hanyalah, rakyat Kelantan amatlah menghormati hari jumaat. Sebabnya selepas waktu solat jumaat, barulah mereka membuka kedai semula. Betapa hebatnya tarbiah yang pemimpinnya bawa kepada rakyat, bahawa hari jumaat hari yang patutnya dibanyakkan dengan ibadah. Tentu sahabat2 biasa dengan perkara ni, tapi ana yang dibesarkan di negeri sosialis, sememangnya berasa janggal dengan keadaan sebegini.

Apa yang menarik juga, pasaraya di Kelantan, tidak leka dari mengkumandangkan azan pada waktu-waktunya. Ana sendiri, semasa berada di dalam pasaraya, rasa malu apabila Dj pasaraya tersebut mengumumkan bahawa azan akan berkumandang sebentar lagi, dan di ajak pula semua menunaikan solat fardhu di kawasan-kawasan masjid atau surau terdekat. Azan berkumandang menggemakan pasaraya, dari bising menjadi sunyi sepi menghormati bunyi azan. Gugur jiwa ana yang lemah, kerana ana sibuk membeli barang sedangkan waktu solat telah masuk waktunya. Dan majoritinya, kaum hawa yang tinggal meneruskan membeli-belah sementara kaum adam kelihatan kurang. Mungkin mereka turut berhenti seketika dan menunaikan solat fardhu. Hinanya diri ana kerana melewatkan solat fardhu ketika itu.

Berkongsi pula suka duka ana di tempat kerja, syukur pada Allah atas nikmat yang diberi. Ana ditugaskan di jabatan canselori, seorang diri pelajar disitu. Pada mulanya, ana sering mengeluh, takut jika sukar menyesuaikan diri dengan orang-orang staf. Tapi sebaliknya kebajikan ana amatlah dijaga. Ana rasa ana pelajar yang bertuah ditakdirkan Allah untuk kerja disitu. Sebabnya ana mempunyai rakan sekerja yang peramah, mesra, baik budi bahasa, dan suka juga menggembirakan ana dengan lawak mereka. Maka tidaklah ana merasakan keseorangan disitu.

Sangkaan ana sebelum ni hanya permainan perasaan semata-mata. Ana merasakan ana bertuah kerana keadaan berbeza dengan rakan ana yang lain. Mereka agak tertekan dengan staf-staf disitu. Tidak kesemuanya hanya segelintir. Yelah macam yang ana kata diawal artikel, rambut sama hitam, hati lain-lain. Apa yang ana mampu nasihatkan rakan ana, bersabarlah dengan karenah manusia, kerana dengan sabar itu lebih mendatangkan pahala.

Perkara yang ana sempat luangkan bersama staf-staf disini, pada tanggal 14April, jabatan ana mengadakan program amal basuh kereta. Ana dapat merasakan silaturrahim sesama mereka, sama-sama menjayakan program bagi matlamat yang satu. Ketika itulah semakin rapat ana mengenali hati budi rakan sekerja. Alhamdulillah Allah berikan mereka yang baik-baik untuk menceriakan kehidupan ana disini. Disini ana ada sertakan sedikit gambar ketika program. Banyak lagi program yang ana dapat turut serta cuma ana tidak berkesempatan mengambil gambar sendiri.
amal carwash 1 
amal carwash 2 
amal carwash 3 
surau kayu, jerteh 
jerteh 
sawah padi kat rumah sahabat 
pasar besar siti khadijah 
pasar besar siti khadijah 
luar pasar 
pustaka seri intan, kb 
kg.perupuk, bachok (rumah sahabat) 
pantai irama, bachok 
pantai irama, bachok 
xnk kne air 
ombak kuat

Sahabat-sahabat yang dikasihi, ana rasa sangat seronok bermusafir di negeri Kelantan. Banyak lagi cerita ana nak kongsi dengan sahabat-sahabat, tapi tunggu bahagian-bahagian lain lah ye. J Berat rasa hati nak tinggalkan pada perkara-perkara yang baik. Em ada seorang sahabat bertanya ana, kemana pula destinasi selepas ini? Jika ikutkan kata hati, ana nak ke perlis pula. Insha Allah doakan ana. Moga dengan setiap langkah ana, menjadi hitungan baik dari Allah. Selagi masih ‘single’ jom la ikut ana… J Atas Nama Cinta, bermusafirlah mencari keredhoan, menggapai impian, meneliti kehidupan, hak setiap insan.

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
NikmatNya, SyurgaNya,CintaNya.


Menuju Wawasan

Menuju Wawasan