Kecantikan Isteri Solehah

Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Ibnu Umar ra. Rasulallah SAW, bersabda, "Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang soleh.." Dalam sebuah hadis yang lain
Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah kamu aku beritahukan dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seseorang lelaki?" Itulah isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira, jika suami menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara akan kehormatan dirinya." (HR: Ibnu Majah)
Inilah kecantikan sebagai seorang isteri yang soleh. Ketaatan dan kepatuhan itulah membawa kepada keikhlasan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak suami. Kepatuhan dan ketaatan inilah juga yang memberi kebahagiaan kepada hati suami dan akhirnya isteri inilah satu-satunya selain Allah yang segar di jiwanya.


Khamis, 17 Februari 2011

APAKAH INI RINDU?

Selawat Ke Atas Rasulullah S.A.W

wahai imam s.a.w kami...
alangkah bertuahnya diri ini jika
dpt hidup bersama mu ya Rasulullah s.a.w...
alangkah indahnya hidup ini jika
dpt mata ini menatap wajahmu wahai kekasih Allah s.a.w...
alangkah bersih jadinya tapak tangan yg hina ini jika
dpt memegang jemari mu ya utusan Rabbi s.a.w.....
alangkah gembiranya hidup ini jika
dpt melihatmu setiap kali bangun dr tidur ini..
alangkah tenangnya hati ini jika telinga ini
dpt mendengar kata2 lembut yg keluar dr mulut yg mulia s.a.w itu...
jika dpt ku tatap wajahnya...
dunia ini sanggup ku lepaskan...
harta bertimbun ini sanggup ku gadaikan...
kesempurnaan ini sanggup ku korbankan..
jika itu dpt membayarnya...

tapi sayang....
aku tidak ditakdirkan utk bersamamu...
aku tidak ditakdirkan untuk dicintaimu...
aku tidak ditakdirkan utk berjumpa dgn mu....
perlukah aku menangisi sebuah takdir...
aku tak perlu menangisinya...
mungkin lebih baik aku berada jauh..
beratus tahun terpisah drmu...
kerana itu yg terbaik utk diriku dan dirimu ya rasulullah s.a.w..

Allah s.w.t lebih mengetahui apa yg terbaik bgku dan bagi Mu..
lebih baik aku tak sezaman dgn mu...
kerana aku sendiri takut...
takut aku akan menyakitimu..
takut aku akn menghina dan mencacimu...
takut aku menjadi sebahagian dr mereka yg melukaimu...
mungkin kerana itu aku dilahirkan di zaman ini...
terpisah begitu jauh dr mu...
dan selamanya tak akan bertemu dgn mu....
biarkan ku.....
lebih baik ku menjauh..
dr aku menyedari hakikat bahawa
aku tidak sebenarnya mencintaimu..
yg aku bukan sebenarnya sanggup berkorban
demi mu..islam..dan tuhanku..

Allah yg Maha Besar....
jika dulu kau menangis tersedu2..
apabila ditanya kau menyatakan bahawa kau merindui umatmu..
Umatmu yg mencintaimu tetapi tidak pernah melihat wajahmu..
maka aku berdoa agar yg kau tangisi itu adalah aku jua..
yg menangisi sebuah kerinduan..
kerinduan yg tak kesampaian....
kerinduan yg belum pasti.......
aku juga umatmu...aku juga merinduimu...
aku juga ingin menyintaimu...
aku jua ingin bersamamu...
tapi mungkin ini satu kesilapan...
salah keatasku utk merinduimu...
salah ke atas aku utk mencintaimu..
salah keatas aku utk bersamamu....
bagaimana mungkin.......
sedangkan dalam hatiku ini tiada pun sekelumit iman..
sedangkan dlm hati ku ini ada segumpal darah hitam...
bagaimana mungkin aku akan mencintaimu..
bagaimana mungkin aku sanggup mati utk mu...

mungkinkah ada cinta dlm hatiku terhadapmu padahal aku
masih lagi cintaakn keseronokan hidup ini...
atau aku sahaja yg pandai bermain kata...
adakah ini cinta....
kalau cinta mengapa aku masih takutkan perkara lain
yg bakal mendatang...
mungkinkah ini cinta..

atau satu penghinaan keatas diriku ini??mungkinkah????
ketahuilah sesuatu...
walaupun aku belum pasti bagaimana ketaatanku pdmu

tapi,,
tatkala aku terdengar namamu...
pilu hatiku...
tersentuh jiwaku...
merintih sanubariku....
berair mataku tanpa aku menyedarinya..
tatkala aku menyeka air mataku..
terlintas di kepalaku....
apakah maksud airmata ini...
apakah maksud getaran ini....
apakah ini rindu???........
layakkah aku utk merindui insan mulia s.a.w itu..


perkongsian dari seorang sahabat...

Menuju Wawasan

Menuju Wawasan